TIPS- TIPS UNTUK LULUS UJIAN JALAN RAYA

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
i) Laraskan tempat duduk. Pastikan anda selesa untuk memandu.
ii) Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda.
iii) Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu berfungsi.
iv) Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan enjen kereta.
v) Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
2) Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear. Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear. Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.
2) Memandu di Jalan Raya
Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan. Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng dengan baik.
Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan. Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng dengan baik.
3) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)
Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.
Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti. Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti. Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.
6) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian
Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.
Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.
JPJ permudah miliki lesen memandu
KUALA LIPIS 7 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sesi latihan dan pengujian bersistematik bagi golongan belia, Orang Asli dan warga emas yang tidak tahu membaca serta lembam untuk menduduki ujian bagi memiliki lesen memandu. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, program di bawah Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJPJ) itu membolehkan golongan terbabit dibimbing oleh pegawai JPJ bagi mengikuti latihan tersebut. Beliau berkata, menerusi program berkenaan, warga emas berusia 45 tahun ke atas manakala Orang Asli berusia 21 tahun layak mengikuti ujian lesen P dengan lebih selesa. "Sehingga kini, seramai 62,488 orang terdiri daripada belia, warga emas dan Orang Asli terbabit memiliki lesen motosikal B2 di negara ini menerusi program berkenaan yang dilancarkan pada tahun 2009. "Kita memberi keselesaan untuk mereka mendapatkan lesen tetapi perlu menjalani silibus ujian yang lebih mudah tentang peraturan jalan raya dan pemanduan, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan membabitkan golongan berkenaan di jalan raya," katanya selepas majlis penutup program SKSJPJ yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail anjuran JPJ cawangan Raub di Kampung Kuala Medang dekat sini semalam.
Warga Emas Gembira Dapat Lesen Memandu
ALOR GAJAH 19 April - Tiada yang lebih menggembirakan bagi segelintir warga emas yang lebih 30 tahun menunggang motosikal tanpa lesen apabila akhirnya berjaya mendapatkannya menerusi program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di daerah ini.
Program yang dibuka kepada seluruh penduduk berusia 45 tahun ke atas itu disertai 321 orang yang kesemuanya berjaya mendapatkan Lesen Memandu Percubaan Motosikal setelah melalui beberapa siri kursus memandu dan ujian.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, program SKSJ itu bertujuan memberi kemudahan kepada golongan warga emas untuk mendapatkan lesen memandu dengan kadar bayaran yang lebih rendah.
Menurutnya, kebanyakan peserta program itu mempunyai pengalaman menunggang motosikal dan pihaknya hanya menjalankan ujian asas bagi menguji tahap kemahiran golongan itu selain memastikan kemampuan mereka untuk berada di atas jalan raya.
"Program SKSJ adalah untuk menggalakkan golongan warga emas memiliki lesen memandu bagi memudahkan pergerakan mereka menjalankan aktiviti harian dengan lebih selamat," katanya berucap pada majlis penutup SKSJ peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek di Pulau Sebang, di sini hari ini.
Seorang peserta, Hamid Hakim, 84, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada JPJ kerana memudahkannya mendapatkan lesen memandu setelah hampir 40 tahun menunggang motosikal tanpa lesen.
Katanya, dengan usianya yang telah lanjut adalah sukar baginya untuk mengikuti ujian memandu biasa yang syaratnya lebih ketat berbanding melalui program SKSJ.
"Syukur sebab akhirnya saya dapat memiliki lesen memandu dan pergerakan harian saya dengan motosikal selepas ini akan lebih mudah dan selamat kerana ada perlindungan insurans," katanya.
Seorang lagi peserta, Chan Mei Ying, 50, berkata, dia berasa begitu gembira dan lebih selamat menunggang motosikal untuk mengambil cucunya di sekolah dan ke pasar selepas ini kerana telah mempunyai lesen memandu.
"Terima kasih kepada JPJ sebab bantu saya dapatkan lesen memandu dan lepas ini saya tidak lagi takut bila berdepan dengan JPJ atau polis yang mengadakan sekatan jalan," katanya.
Bagi seorang lagi peserta, Pragasam Peter, 55, setelah mengikuti kursus memandu di bawah program SKSJ itu, dia baru menyedari kepentingan memiliki lesen memandu walaupun untuk pergerakan jarak dekat.
"Sebelum ini saya rasa tidak ada masalah tiada lesen sebab menunggang motosikal dari rumah ke kawasan sekitar sahaja tapi selepas berpeluang mengikuti program SKSJ ini baru satu tahu kepentingannya dan yang penting adalah untuk keselamatan," katanya.
'Lesen terbang' didedah --
Melibatkan 100,000 lesen memandu dengan nilai suapan RM40j - BPR KUALA LUMPUR 26 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) membongkar sindiket pengeluaran 'lesen terbang' dan 'lesen gerenti lulus' yang dipercayai terbesar di negara ini, melibatkan kira-kira 100,000 lesen memandu dengan nilai suapan RM40 juta. Hasil 'Ops Melayang' yang dilancarkan sejak 24 Ogos lalu, BPR menahan 21 orang termasuk enam pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan seorang doktor yang disyaki menjalankan sindiket berkenaan.
Turut ditahan ialah pengusaha sekolah memandu dan orang tengah yang digelar runner. Tiga daripada mereka ialah wanita. Sindiket tersebut menawarkan kepada pemohon lesen memandu itu bayaran antara RM400 hingga RM1,500 tanpa perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh JPJ. Kumpulan yang beroperasi di utara Perak itu dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak lima tahun lalu melibatkan pakatan antara pegawai JPJ, pengusaha sekolah memandu dan orang tengah. Rangkaian operasi sindiket itu turut meliputi Sabah dan Sarawak.
Serentak dengan itu, BPR meminta orang ramai yang memperoleh lesen memandu secara 'pintu belakang' itu menyerahkannya kepada badan itu dalam tempoh 30 hari mulai hari ini. Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris dalam sidang akhbarnya di sini hari ini berkata, sindiket itu mengeluarkan lesen kenderaan yang meliputi lesen ''L'' dan lesen penuh dengan mengenakan bayaran mengikut kelas kenderaan.
Katanya, siasatan BPR menunjukkan bagi mendapatkan lesen ''L'' kelas B (motosikal), calon dikenakan bayaran sekurang-kurangnya RM400, manakala bagi lesen ''L'' kelas D (kereta) RM600 dan bagi lesen ''L'' kelas E (lori) ialah antara RM800 hingga RM1,500. Menurut beliau, calon-calon 'lesen terbang' untuk mendapatkan lesen ''L'', tidak perlu menghadiri kursus dan menduduki ujian bertulis. Bagi pemohon Lesen Pengangkutan Barang (GDL) (Goods Driving Licence) pengesahan doktor diuruskan oleh sindiket itu.
Tambahnya, melalui sindiket itu, calon yang memohon lesen ''L'' diberi sijil menghadiri ceramah daripada sekolah memandu serta sijil kelulusan ujian bertulis undang-undang daripada JPJ serta pengesahan kesihatan oleh doktor swasta.
''Selain itu slip jawapan dan borang kehadiran calon berkenaan dipalsukan di mana butiran menunjukkan seolah-olah calon hadir menduduki ujian. ''Bagi ujian praktikal pula, pegawai JPJ akan memalsukan dokumen-dokumen seperti borang penilaian ujian memandu. Selain 'lesen terbang', Abdul Razak menambah, sindiket itu juga menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen memandu yang dikenali sebagai 'lesen gerenti lulus'. Kata beliau, untuk mendapatkan 'lesen gerenti lulus' itu, calon bagi lesen ''L'' yang menghadiri ujian bertulis akan diberi slip jawapan atau jawapan telah ditandakan.
''Ada kes calon sebenarnya tidak perlu menghadiri ujian dan digantikan oleh orang lain. Mengulas mengenai 21 orang yang ditahan, Abdul Razak berkata, enam pegawai JPJ berkenaan masih berkhidmat di pejabat JPJ Taiping termasuk seorang pembantu tadbir dan seorang di pejabat JPJ Gerik. ''Pengusaha-pengusaha sekolah memandu yang ditahan ialah dari Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Ipoh, Cameron Highlands, Pantai Remis dan Parit Buntar,'' ujarnya.
Katanya, siasatan kegiatan sindiket itu dijalankan sejak 10 bulan lalu diketuai oleh Pengarah BPR Perak, Abu Kassim. Beliau berkata, dalam Ops Melayang pihaknya telah menggerakkan 95 pegawainya dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur. Beliau menyeru orang ramai yang memperoleh lesen berkenaan supaya menyerahkannya di pejabat BPR dan diberi tempoh 30 hari bermula hari ini bagi membantu BPR. Katanya, BPR mempunyai senarai nama dan alamat jika mereka tidak tampil mereka akan didakwa.
''Mereka boleh dituduh di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi,'' tegasnya.
The world's biggest online casino site with the biggest jackpots
ReplyDeleteThe world's biggest online casino site with the biggest jackpots · MegaMoolah Casino · Royal Ace Casino · SlotWolf Casino · SlotWolf Casino luckyclub.live · Tournaments.